BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

Harga Runcit RON95 Kekal, RON97 Naik Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bagi tempoh sama.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.14 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.81 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA