BERITA TERKINI   Mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 guna pelbagai cara termasuk aplikasi syarikat minyak, bukan MyKad fizikal semata-mata - Armizan | Hanya 89 kenderaan di Sabah dan enam di Sarawak daftar SKPS daripada 4,647 kenderaan dianggarkan layak - Armizan | Jangan tunggu saat akhir daftar SKPS, penyasaran subsidi petrol RON95 diumum dalam masa terdekat - Armizan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 turun 15.5 mata kepada 1,495.50.0, Julai 2025 susut 16.5 mata kepada 1,491.0, manakala September 2025 dan Disember 2025 berkurangan 16.0 mata masing-masing kepada 1,474.0 dan 1,478.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,156 lot daripada 4,410 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 41,883 kontrak daripada 39,977.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.69 peratus, atau 10.51 mata kepada 1,501.44 berbanding 1,511.95 sebelumnya.

-- BERNAMA