Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,496.0, Julai 2025 naik 3.0 mata kepada 1,494.0, September 2025 menokok 1.0 mata kepada 1,475 dan Disember menambah 2.0 mata kepada 1,480.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,082 lot daripada 6,156 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,764 kontrak daripada 41,883.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.08 peratus atau 1.30 mata kepada 1,502.74 daripada 1,501.44 pada Khamis.
-- BERNAMA