BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, disokong oleh sentimen positif daripada pasaran tunai pendasar.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata trend FBM KLCI masih kekal positif dan turun naik dalam jangka pendek berkemungkinan menjadi sebahagian daripada penstabilan yang sihat.

"Kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,650-1,680 minggu depan," katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2026 susut 7.5 mata kepada 1,672.5, kontrak Mac 2026 turun 6.5 mata kepada 1,664.5, dan kontrak Jun 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,662.0, manakala bulan spot baharu Februari 2026 berada pada 1,675.5.

Jumlah dagangan bagi minggu dagangan singkat ini menyusut kepada 91,510 lot daripada 97,819 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 38,653 kontrak daripada 63,355 kontrak.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 7.34 mata kepada 1,669.76 daripada paras 1,677.10 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA