BERITA TERKINI   Jumlah dana dikumpul menerusi pasaran modal melonjak 35.4 peratus kepada RM187.7 bilion - SC | Jumlah keseluruhan dana komited dalam industri modal teroka dan ekuiti swasta melonjak sebanyak 21.66 peratus kepada RM30.05 bilion pada 2025 - SC | Sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) disenaraikan pada 2025, melepasi 55 penyenaraian pada tahun sebelumnya - SC | Aset di bawah pengurusan industri pengurusan dana meningkat sebanyak 6.9 peratus kepada paras tertinggi, sebanyak RM1.14 trilion - SC | Pasaran modal Islam kekal kukuh, berkembang 4.31 peratus kepada RM2.7 trilion pada tahun 2025 - SC | 

Pelaburan Google Terus Pacu Ekonomi AI, Perkukuh Keselamatan Siber - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Pelaburan syarikat gergasi teknologi, Google, dijangka terus memacu ekonomi berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan komited untuk menyediakan sokongan penuh serta memastikan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan berkualiti tinggi seperti Google.

“Terima kasih Google atas kepercayaan berterusan terhadap Malaysia. Bersama-sama kita membina masa depan digital yang lebih cerah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tengku Zafrul yang kini sedang dalam lawatan kerja ke Washington, Amerika Syarikat, telah mengadakan pertemuan dengan wakil Google bagi membincangkan komitmen syarikat itu dalam memperkukuhkan keselamatan siber dan melabur dalam kemahiran digital.

Google sebelum ini mengumumkan pelaburan strategik bernilai RM9.4 bilion bagi mewujudkan Pusat Data dan Wilayah Awan pertama di Malaysia.

Pelaburan itu dijangka menjana impak ekonomi jangka panjang sebanyak RM15.04 bilion serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.

-- BERNAMA