BERITA TERKINI   Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | Kementerian Perpaduan Negara anjur acara khusus peringati jasa, bakti Allahyarham Tun Abdul Razak sepanjang Bulan Kebangsaan tahun ini - Fahmi | Proses rundingan pembayaran 40 peratus hasil Sabah telah dimulakan, komitmen dimuktamadkan dalam tempoh 180 hari - Fahmi | Ketua Pesuruhjaya SPRM akan bertemu dengan Menteri Pertahanan berhubung isu perolehan ATM pada Rabu depan | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.28 pagi, kontrak Jun 2025 dan Julai 2025, masing-masing merosot 8.0 mata kepada 1,488.0 dan 1,486.0, September berkurangan 7.0 mata kepada 1,468.0 dan Disember 2025 susut 9.5 mata kepada 1,470.50. 

Jumlah dagangan sebanyak 3,423 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,823 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI merosot 9.84 mata selepas 40 minit dagangan kepada 1,492.90 daripada 1,502.74 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA