BERITA TERKINI   Peruntukan tambahan RM5 juta bagi pengurusan, penyelenggaraan Zoo Negara - PM Anwar | PRK: Pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Warisan di DUN Lamag - SPR | PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Kinabatangan babit calon BN, Bebas, Warisan - SPR | Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup 10 pagi | PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bermula, pusat penamaan calon dibuka 9 pagi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Ketika ditutup, Jun 2025 melonjak 12.5 mata kepada 1,508.5 dan Julai 2025 naik 12.0 mata kepada 1,506.0, manakala September 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,486.0 dan Disember 2025 menambah 10.0 mata kepada 1,490.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 17,020 lot daripada 7,082 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55,359 kontrak daripada 44,764 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.92 peratus atau 13.87 peratus kepada 1,516.61 daripada 1,502.74 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA