BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

Batik Air Sokong CAAM Agensi Tunggal Kawal Selia Sektor Penerbangan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai pengawal selia autonomi tunggal bagi sektor penerbangan negara berkuat kuasa 1 Ogos, dijangka memudahkan proses kawal selia menerusi penyelarasan pengawasan di bawah satu entiti pentadbiran.

Batik Air dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu juga bakal meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan penyelarasan merentas fungsi kawal selia, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi pemain industri.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) atas sokongan dan sumbangan mereka kepada Batik Air serta industri penerbangan sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap penerbangan yang lebih mantap dan berteraskan pelanggan di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Batik Air berkata syarikat itu berharap dapat terus bekerjasama dengan CAAM dalam fasa baharu, kerana ‘kami secara kolektif memajukan aspirasi negara untuk menjadi hab penerbangan serantau yang berdaya saing dan mampan’. 

-- BERNAMA