BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 naik 6.5 mata kepada 1,522.0, Julai 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,516.5 dan September 2025 menokok 3.0 mata kepada 1,498.0, manakala Disember 2025 susut 1.5 mata kepada 1,497.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 93,420 lot daripada 26,889 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 134,048 kontrak daripada 67,714 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI pendasar meningkat 5.50 mata kepada 1,519.79 daripada 1,514.29 pada Selasa.  

-- BERNAMA