BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | Pemerkasaan pendidikan tahfiz di pelbagai peringkat, bukti komitmen kerajaan bina generasi Huffaz Profesional - Ahmad Zahid | Liga Super: Kelantan TRW FC 3-2 Sabah FC | Liga Super: Terengganu FC 1-0 DPMM FC | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan pasaran tunai.

Pada 9.22 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,526.50, Julai 2025 naik 5.0 mata kepada 1,521.50, September menokok 4.0 mata kepada 1,502.0, bagaimanapun Disember 2025 turun 10.0 mata kepada 1,496.0.

Jumlah dagangan sebanyak 6,487 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 59,106 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI naik 1.80 mata kepada 1,522.68 selepas 37 minit dagangan daripada 1,519.79 pada Rabu.

-- BERNAMA