BERITA TERKINI   MITI akan mengadakan sidang media pada Rabu 9 Julai, 2025 pada pukul 6 petang di Menara MITI mengenai pengenaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia - Tengku Zafrul | UniKL-ASTI akan jadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau, Perlis sebagai hab strategik - Ahmad Zahid | Kampus UniKL-ASTI bakal jadi pemangkin utama perkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan, logistik mapan - Ahmad Zahid | Penubuhan UniKL-ASTI di Padang Besar langkah strategik pendidikan, logistik negara - Ahmad Zahid | 

MyPOWER Meterai NDA Dengan Rosatom Energy Projects Untuk Pembangunan Nuklear

Daripada Siti Radziah Hamzah

MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata NDA antara MyPOWER dan Rosatom merupakan langkah penting dalam membolehkan penilaian terperinci teknologi seperti Loji Tenaga Nuklear Terapung (FNPP).

“MyPOWER telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk meneruskan libat urus dengan Rosatom untuk meneroka lebih banyak kerjasama,” katanya semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah Rosatom Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear di sini hari ini.

NDA itu ditandatangani oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Devendra Thambirajah dan Ketua Pengarah Rosatom Energy Projects Andrey Rozhdestvin.

MyPOWER adalah sebuah agensi tujuan khas di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata Malaysia sedang giat bersedia untuk meneruskan potensi penggunaan FNPP dan bersedia untuk mengadakan rundingan selanjutnya bagi mengukuhkan kerjasama.

“Ini mungkin termasuk menandatangani memorandum persefahaman atau perjanjian antara kerajaan, tertakluk kepada kelulusan diperlukan daripada kedua-dua kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.

-- BERNAMA