BERITA TERKINI   Pengalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dalam situasi pasaran niaga hadapan getah serantau mencatatkan aliran meningkat, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun tinggi hari ini dan dijangka mencatatkan kenaikan bulanan berikutan cuaca lembap di kawasan pengeluaran utama yang mewujudkan kebimbangan mengenai bekalan.

Katanya sentimen positif itu terus disokong oleh data ekonomi China yang menggalakkan dan langkah-langkah rangsangan yang dilaksanakan.

“Aktiviti pembuatan China meningkat pada Jun, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) naik sedikit kepada 49.7 berikutan peningkatan pesanan baharu, jumlah pembelian dan masa penghantaran pembekal menunjukkan sokongan dasar yang dilaksanakan sejak akhir tahun lepas berkesan,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, katanya kenaikan seterusnya dikekang oleh ringgit yang tinggi berbanding dolar AS dan unjuran ekonomi global yang lemah berikutan konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat empat sen kepada 706 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot satu sen kepada 584.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA