BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup, kontrak bulan semasa Julai 2025 meningkat 10 mata kepada 1,543.0, bulan baharu Ogos 2025 sebanyak 1,540, September 2025 naik 7.0 mata kepada 1,520.0 dan Disember 2025 menambah 6.0 mata kepada 1,521.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,676 lot daripada 10,081 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,873 kontrak daripada 47,099 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.57 mata atau 0.56 peratus kepada 1,541.53 daripada 1,532.96 pada Isnin. 

-- BERNAMA