BERITA TERKINI   KDN akan mula daftar pelarian sendirian, berasingan daripada UNHCR - Saifuddin Nasution | Sempadan Kalimantan: Lebih 10 pintu masuk baharu akan dibuka dengan peruntukan RM1 billion - Saifuddin Nasution | MITI akan mengadakan sidang media pada Rabu 9 Julai, 2025 pada pukul 6 petang di Menara MITI mengenai pengenaan tarif AS sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia - Tengku Zafrul | UniKL-ASTI akan jadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau, Perlis sebagai hab strategik - Ahmad Zahid | Kampus UniKL-ASTI bakal jadi pemangkin utama perkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan, logistik mapan - Ahmad Zahid | 

RHB IB Jangka BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).

Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB IB berkata sebarang pelarasan akan bergantung kepada potensi penurunan kadar yang lebih awal sekiranya tarif Amerika Syarikat (AS) memburukkan keadaan.

Menurutnya jika keadaan ini menyumbang kepada risiko penurunan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi separuh kedua 2025, ia berpotensi menyebabkan pertumbuhan menyusut di bawah 4.0 peratus.

RHB IB berkata kebanyakan bank pusat lain juga dijangka mengekalkan parameter dasar masing-masing tanpa perubahan pada Julai, termasuk Indonesia (16 Julai), China (21 Julai), Zon Euro (24 Julai), dan Rizab Persekutuan AS (30 Julai).

“Selain itu, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dijangka mengekalkan pendirian terhadap dasar semasa.

“Bagaimanapun, ketidaktentuan pasaran yang meningkat, disusuli dengan kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura yang kukuh, boleh mendorong penggubal dasar untuk meluaskan jalur dasar kepada sekitar 3.0 peratus daripada 2.0 peratus pada masa ini,” katanya.

-- BERNAMA