Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat 3.0 mata kepada 1,549.50, Ogos 2025 naik 4.0 mata kepada 1,547.50, manakala September 2025 berkurangan 15 mata kepada 1,528.5 dan Disember 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,527.5.
Jumlah dagangan mengecil kepada 3,001 lot daripada 7,039 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 34,783 kontrak daripada 39,173 sebelumnya.
Pada 5 petang, kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.20 mata, atau 0.08 peratus kepada 1,550.19 daripada paras 1,548.99 pada Khamis.
-- BERNAMA