BERITA TERKINI   Ahli Parlimen PH terima baik penjelasan isu berbangkit dalam mesyuarat bersama PM -- Fahmi | Kerajaan mahu aktifkan semula pertukaran pelajar, galak pelajar New Zealand ceburi TVET di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | Malaysia sedia tambah 100 pelajar tajaan MARA lanjut pengajian ke New Zealand, khususnya bidang teknologi hijau - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.51 pagi, kontrak Julai 2025 merosot satu mata kepada 1,531.0, Ogos 2025 berkurangan dua mata kepada 1,528.0, September 2025 menurun 2.5 mata kepada 1,508.50 dan Disember 2025 susut empat mata kepada 1,506.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,019 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,572 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.17 mata atau 0.01 peratus kepada 1,536.24 daripada 1,536.07 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA