BERITA TERKINI   ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | Sistem perdagangan pelbagai hala harus terus berkembang untuk mengekalkan matlamat utamanya iaitu menyediakan kestabilan dan peluang kepada semua negara - PM Anwar | ASEAN kekal komited sepenuhnya terhadap sistem perdagangan antarabangsa berasaskan peraturan - PM Anwar | 

Bayaran Balik Cukai 2025 Catat Bayaran Tambahan RM7.5 Bilion Berbanding RM4 Bilion Diumum Sebelum Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata bagi 2025, jumlah bayaran balik cukai yang diselesaikan oleh  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sebanyak RM22.45 bilion yang melibatkan 3.6 juta pembayar cukai.

MOF menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berkenaan tunggakan cukai yang dibayar balik oleh kerajaan kepada pembayar cukai yang bayar berlebihan dan jumlah pembayar cukai yang terlibat.

Kementerian itu turut berkata bagi tahun ini, keutamaan LHDN untuk menyelesaikan bayaran balik cukai syarikat bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik bagi tahun taksiran 2024 akan diselesaikan pada hujung 2026.

“Manakala bayaran balik lebihan cukai tanpa mengira usia kes akan dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat,” jelas MOF lagi.

-- BERNAMA