BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 dan Disember 2025  meningkat 4.5 mata masing-masing kepada 1,527.50 dan 1,508.00. Kontrak Ogos 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,524.50, manakala September 2025 naik dua mata kepada 1,504.00.

Jumlah dagangan merosot kepada 4,782 lot daripada 5,692 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 38,963 kontrak daripada 39,838 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.92 mata kepada 1,525.86 daripada paras 1,520.94 pada Khamis.

-- BERNAMA