BERITA TERKINI   Keamanan satu-satunya pilihan untuk Thailand dan Kemboja mulakan rundingan - PM Anwar  | Malaysia akan kemuka pandangan secara terus berhubung konflik kedua-dua negara kepada Perdana Menteri Thailand dan Kemboja - PM Anwar  | Penghargaan khas yang diumum PM Anwar telah mengambil kira keupayaan fiskal negara dan sebagai tambahan kepada Belanjawan 2025 - PMO | Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak modal pemangkin dalam industri semikonduktor bagi menyokong R&D peringkat awal, pembangunan produk dan memperkukuh ekosistem - PM Anwar | Setakat Mac 2025, Malaysia memperoleh lebih RM63 bilion pelaburan melalui Strategi Semikonduktor Kebangsaan dengan RM5 bilion daripada sumber domestik dan RM58 bilion daripada sumber asing -- PM Anwar | 

Kerangka Kerja Pusat Data Akan Pastikan Penyelarasan Dasar Dan Pembangunan - Gobind

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerangka Kerja Pusat Data yang akan dibangunkan oleh Kementerian Digital menerusi Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) akan memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan pusat data diselaras secara menyeluruh.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kerangka yang akan dilancarkan menjelang bulan Oktober 2025 itu akan menilai aspek kepentingan pusat data dalam menyediakan penyelesaian kepada isu berkaitan integrasi data yang diperlukan.

"DCTF itu adalah satu committee (jawatankuasa) di mana kita hendak bawa bersama aspek-aspek yang berkaitan apabila kita menerima permohonan untuk data center (pusat data) dan sebagainya.

"Apabila kita sebut berkenaan dengan data, kita sebut berkenaan dengan storage (storan), keselamatan, priorities (keutamaan) dan sebagainya. Kita perlu lihat bagaimana kita pastikan bahawa data yang wujud itu dapat kita integrasikan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Kementerian Digital dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi satu kenyataan bersama hari ini berkata menyuarat DCTF pada Isnin bersetuju bahawa Kementerian Digital akan bertanggungjawab menghasilkan Kerangka Kerja Pusat Data untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital negara. 

Mesyuarat itu turut memutuskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia  (MIDA) akan menjadi agensi utama bagi meluluskan kesemua pemohonan projek baharu dan pengembangan pelaburan sedia ada berkaitan pusat data.

Terdahulu hari ini, Gobind menghadiri sesi taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung aspirasi Kuala Lumpur untuk berkembang menjadi sebuah bandar raya yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Menurut Gobind, penerapan teknologi AI akan mempercepat pemodenan infrastruktur dan perkhidmatan bandar, meningkatkan kecekapan, dan seterusnya mempertingkat kualiti hidup rakyat.

-- BERNAMA