Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Dengan Prestasi Bercampur-campur
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada Khamis.
Pada 9.18 pagi, Julai 2025 susut 0.5 mata kepada 1,533.5, manakala Ogos 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik 0.5 mata kepada 1,531.0 dan 1,514.0.
September 2025 pula tidak berubah pada 1,512.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 795 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 36,421 kontrak.
Pada 9.39 pagi, FBM KLCI naik 1.68 mata kepada 1,531.47 daripada 1,529.79 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA