BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turun 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Xiaomi Buka Cawangan Utama Asia Tenggara Terbesar Di TRX Exchange

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia.

Pengurus Negara Xiaomi Malaysia Eddie Huang berkata kedai baharu itu merupakan cawangan utama kedua jenama itu di negara ini dan susulan kejayaan kedai runcit pertamanya di pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara, Selangor.

“Selepas kejayaan kedai runcit IPC Shopping Center, kami teruja untuk menyediakan pengalaman runcit yang lebih holistik kepada pelanggan kami dengan pembukaan cawangan kedua ini.

"Kedai ini mencerminkan misi kami untuk menjadikan teknologi inovatif terkini boleh diakses oleh semua orang. Ia juga membuktikan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui reka bentuk menarik dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

“Kami berbangga untuk melancarkannya di sini di Malaysia, pasaran utama yang terus memberi inspirasi kepada pertumbuhan Xiomi," katanya dalam satu kenyataan.

Huang berkata cawangan di The Exchange TRX menawarkan rangkaian produk Xiaomi terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 250 unit penyimpanan stok (SKU) dipamerkan dan lebih 500 peranti SKU tersedia untuk pembelian termasuk telefon pintar, peranti Kecerdasan Buatan Pelbagai Perkara (AIoT) dan penyelesaian rumah pintar.

Ia juga merupakan kedai Xiaomi pertama di Malaysia menawarkan sokongan selepas jualan di lapangan, membolehkan pelanggan menerima bantuan terus daripada pakar Xiaomi terlatih, kata kenyataan itu.

“Terletak di salah satu destinasi gaya hidup utama Kuala Lumpur, kedai ini mempamerkan rangkaian produk inovatif jenama itu untuk meningkatkan gaya hidup pintar anda.

“Menerusi konsep strategi Xiaomi ditambah baik ‘Human x Car x Home’, kedai baharu itu menjanjikan pengalaman runcit yang lebih baik, peminat dan pembeli sama-sama boleh meneroka ekosistem pintar Xiaomi yang menyepadukan peranti peribadi dan produk rumah pintar dengan lancar,” katanya.

Sempena pembukaan besar-besaran pada 26 Julai, Xiaomi menawarkan promosi eksklusif, termasuk tawaran produk masa terhad dan hadiah seperti Redmi Pad Pro WiFi, Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact dan rebat RM500. Xiaomi TV Max 100 2025 turut ditawarkan pada harga promosi istimewa pada hari pelancaran.

“Dari 26 Julai hingga 3 Ogos, Xiaomi menawarkan promosi “Mix & Match” khas untuk produk terpilih dengan diskaun sehingga RM1,320, terhad kepada lima set produk setiap hari,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA