BERITA TERKINI   KOSMA agih dividen RM32.538 juta kepada 1,495 ahlinya, bermula hari ini - MB Pahang | Kredit penghargaan SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai 2025 melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori - Amir Hamzah | Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan atau scam yang menjemput pendaftaran penghargaan SARA, ia dilakukan secara terus kepada pemegang MyKad - Amir Hamzah | SARA: Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat kerana kelayakan untuk penghargaan SARA secara automatik berdasarkan data warganegara dewasa yang memegang MyKad - Amir Hamzah | Agong dan Permaisuri berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Putrajaya hari ini | 

MPOB Anjur Hari Terbuka Sempena Ulang Tahun Ke-25

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan hari terbuka bersempena sambutan ulang tahun ke-25 pada 2 Ogos 2025 di ibu pejabat MPOB di Bangi, Selangor.

MPOB dalam satu kenyataan berkata acara itu akan diadakan secara serentak di tujuh lokasi, termasuk stesen penyelidikan MPOB di Kluang, Keratong, Bagan Datuk, Hulu Paka, Lahad Datu, Sessang dan pejabat wilayah MPOB Sabah di Kota Kinabalu.

“Hari terbuka MPOB bertemakan ‘Sawit Untuk Semua’ menggambarkan ekosistem industri sawit yang inklusif dan mampan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Tema ini turut menekankan bahawa industri sawit adalah relevan kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, latar belakang atau status sosial, sekali gus membuktikan bahawa semua rakyat Malaysia boleh menikmati manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata hari terbuka MPOB bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pencapaian terkini industri sawit, termasuk pencapaian dalam bidang penyelidikan, inovasi, perkhidmatan dan kejayaan MPOB sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Katanya, hari terbuka tersebut menyasarkan penyertaan daripada semua peringkat masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, termasuk pameran inovasi MPOB, pemeriksaan kesihatan, acara sukan, permainan dan cabutan bertuah.

-- BERNAMA