BERITA TERKINI   Pelaburan langsung Malaysia di luar negeri catat aliran keluar bersih lebih rendah bernilai RM12.4 bilion pada 2025 berbanding RM35.5 bilion pada 2024 - DoSM | Jumlah pelaburan langsung Malaysia di luar negeri sebanyak RM589.3 bilion pada akhir 2025 atau 29.1 peratus daripada KDNK berbanding 32.2 peratus pada 2024 - DoSM | FDI Malaysia meningkat 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025 daripada RM46.7 bilion pada 2024 - DoSM | FDI terkumpul meningkat kepada RM1.09 trilion pada akhir 2025, menyumbang 53.7 peratus daripada KDNK - DoSM | Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar - Loke | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 30 Julai  (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau. 

Menurut seorang peniaga, pasaran semakin lemah selepas para peniaga mengambil langkah berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 1 Ogos, berikutan kegagalan perbincangan perdagangan antara AS dan China yang berakhir tanpa sebarang perjanjian.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh pengukuhan harga minyak mentah serta data jualan kenderaan global yang amat memberangsangkan di tengah-tengah unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa terhadap prospek pertumbuhan global yang lebih baik," katanya kepada Bernama.

Pelabur agak berwaspada selepas perbincangan perdagangan antara AS dan China tamat tanpa sebarang perjanjian substantif dan menjelang pengumuman dasar Rizab Persekutuan AS. 

Beliau yang memetik laporan IMF menjelaskan agensi tersebut hari ini telah menaikkan jangkaan pertumbuhan globalnya untuk 2025 dan 2026. Ini disebabkan oleh pembelian yang lebih baik daripada jangkaan menjelang tarikh akhir 1 Ogos tarif AS. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan bahawa harga SMR 20 susut tujuh sen kepada 727.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal jatuh empat sen kepada 573.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA