BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 2.08 mata atau 0.12 peratus kepada 1,737.69 daripada 1,739.77 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.97 mata lebih rendah kepada 1,737.80 dan bergerak antara 1,732.64 dengan 1,738.47 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 648 berbanding 358 manakala 523 kaunter tidak berubah, 1,103 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion unit bernilai RM1.04 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street dijangka diniagakan dalam mod pengurangan risiko hari ini susulan serangan Iran ke atas kapal tangki di hab tenaga Emiriah Arab Bersatu dan potensi berlaku penolakan terhadp cadangan 14 cadangan oleh Iran.

"Oleh itu, kami menjangkakan kesannya akan berlaku dalam FBM KLCI hari ini," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata persekitaran harga minyak yang tinggi semasa dijangka terus memberi petanda positif kepada saham minyak dan gas, memberi manfaat kepada Dialog Group Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd dan Hengyuan Refining Company.

Berdasarkan perkembangan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) semasa, Malacca Securities menjangkakan sentimen akan terus menyokong tema pusat data, yang memberi kelebihan kepada YTL Power International Bhd, Ranhill Utilities Bhd, dan CBH Engineering Holding Bhd.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare susut enam sen masing-masing kepada RM11.22 dan RM8.81, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.74 dan Tenaga Nasional merosot 14 sen kepada RM14.66, manakala CIMB menambah 13 sen kepada RM8.81.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI turun satu sen kepada 85 sen dan Straits Energy Resources merosot 2.5 sen kepada lima sen, manakala GIIB Holdings menambah tiga sen kepada 19 sen dan Tanco naik satu sen kepada RM1.62. 

Antara kaunter paling untung, Dutch Lady Milk Industries naik 22 sen kepada RM32.74, Hong Leong Industries melonjak 34 sen kepada RM18.04, Petronas Chemicals meningkat 15 sen kepada RM5.85 dan Petronas Dagangan menambah 14 sen kepada RM20.24.  

Kaunter paling rugi menyaksikan Nestle susut RM1.80 kepada RM102.00, Malaysian Pacific Industries merosot 52 sen kepada RM37.48, Hong Leong Bank dan Vitrox Corp berkurangan 22 sen masing-masing kepada RM22.08 dan RM5.54, manakala Khind Holdings menguncup 18 sen kepada RM1.29. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 31.42 mata kepada 12,816.35, Indeks FBMT 100 turun 30.62 mata kepada 12,658.42, Indeks FBM Emas Syariah kurang 40.31 mata kepada 12,784.14, Indeks FBM 70 merosot 110.58 mata kepada 18,154.63 dan Indeks FBM ACE menguncup 51.38 mata kepada 4,584.68.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 2.14 mata kepada 835.57, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.46 mata kepada 195.76, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 1.59 mata kepada 20,088.73, manakala Indeks Perladangan naik 15.66 mata kepada 8,989.43.

-- BERNAMA