BERITA TERKINI   Bekas Panglima Tentera Darat yang direman sebelum ini telah dibebaskan pada 12 Jan lepas - Azam Baki | Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan SPRM hari ini bagi bantu siasatan kes rasuah - Azam Baki | Tuanku Muhriz zahir kebimbangan gejala rasuah semakin berleluasa, kecewa masih ada pihak beri sokongan kepada individu disabitkan bersalah | Tuanku Muhriz harap pembinaan Hospital USIM di Nilai dipertimbangkan dengan teliti, potensi perkukuh perkhidmatan kesihatan di Negeri Sembilan | Seorang penduduk tetap Singapura didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai kerana pamer nombor pendaftaran bukan milik kenderaan dipandunya | 

Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import AS - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Perkara yang telah kita persetujui dengan AS adalah bagi memudahkan proses mengimport produk halal ke Malaysia, tetapi tidak berkompromi dengan piawaian halal," katanya pada sidang media di sini hari ini.

AS telah mengumumkan pengurangan kadar tarif ke atas eksport Malaysia ke negara itu kepada 19 peratus daripada 25 peratus sebelum ini.

 Tengku Zafrul menyangkal dakwaan bahawa Malaysia berkompromi dalam aspek keperluan halal, sambil menekankan bahawa kerajaan tetap tegas dalam isu berkenaan.

“Kerajaan tidak akan berubah daripada pendirian kami dalam isu ini. Oleh itu, kami berharap tiada pihak yang memberikan tanggapan yang mengelirukan,” katanya.

-- BERNAMA