BERITA TERKINI   Undang-undang sedia ada perlu diteliti semula bagi tangani penjualan dadah kecil-kecilan - Saifuddin Nasution | AADK berjaya pulihkan klien dengan kadar hampir 80 peratus - Saifuddin Nasution | Kerajaan MADANI menurunkan defisit secara berfasa bagi mengurangkan beban hutang negara - PM Anwar | Malaysia tegas pertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan perdagangan dengan AS -- PM Anwar | Malaysia sedia hantar pasukan pemantau di sempadan Thailand-Kemboja jika diminta kedua-dua negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, mencerminkan penurunan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.18 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 merosot 10.0 mata kepada 1,519.0, September 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 9.5 mata kepada 1,499.50 dan 1,500.0 serta Mac 2026 susut 6.5 mata kepada 1.491.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,107 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,150 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 9.50 mata kepada 1,523.85 selepas 38 minit dagangan daripada 1,533.35 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA