BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 naik 1.5 mata kepada 1,530.50, September 2025 meningkat satu mata kepada 1,510.0 dan Disember 2025 menokok dua mata kepada 1,511.0. Bagaimanapun, kontrak Mac 2026 turun 2.5 mata kepada 1,495.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,905 lot daripada 6,107 pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,085 kontrak daripada 41,270. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 6.37 mata atau 0.42 peratus untuk ditutup kepada 1,526.98 daripada paras 1,533.35 pada Jumaat. 

-- BERNAMA