Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 dan September 2025 meningkat 9.0 mata setiap satu kepada 1,539.50 dan 1,519.0, Disember 2025 naik 8.0 mata kepada 1,519.0, dan Mac 2026 menokok 12.0 mata kepada 1,507.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5,756 lot daripada 6,905 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,660 kontrak daripada 42,085 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 11.66 mata atau 0.76 peratus, untuk ditutup kepada 1,538.64 daripada paras penutup 1,526.98 pada Isnin.
-- BERNAMA