BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik lapan mata kepada 1,551.0, September 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,530.50, Disember 2025 menambah enam mata kepada 1,530.50 dan Mac 2026 menokok 9.5 mata kepada 1,516.50.

Jumlah dagangan naik kepada 5,477 lot daripada 5,351 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 42,927 kontrak daripada 42,730 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.63 mata atau 0.50 peratus untuk ditutup kepada 1,549.11 daripada 1,541.48 pada Rabu.

-- BERNAMA