BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki pengukuhan dalam pasaran emas Comex Amerika Syarikat.

Pada penutup, kontrak Ogos 2025 meningkat kepada US$3,415.8 satu auns troy daripada US$3,410.50, September 2025 menokok kepada US$3,421.5 satu auns troy berbanding US$3,416.2 semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,468.9 satu auns troy daripada US$3,462.30.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 berada lebih tinggi pada US$ 3,488.4 satu auns troy berbanding US$3,480.20 sebelumnya.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 24 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52 kontrak daripada 51.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 7 Ogos, harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,383.75 satu auns troy.

-- BERNAMA