BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Setakat 9.38 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan September 2025, masing-masing naik 7.0 mata kepada 1,563.0 dan 1,542.0. Disember 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,541.0 dan Mac 2026 menambah 4.5 mata kepada 1,525.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,101 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.62 mata kepada 1,558.60 selepas 44 minit dagangan daripada 1,556.98 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA