Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 menambah 27.5 mata kepada 1,595.0, September 2025 menokok 25.0 mata kepada 1,573.50, Disember 2025 meningkat 28.0 mata kepada 1,579.0.0, dan Mac 2026 melonjak 28.50 mata kepada 1,559.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 10,191 lot daripada 6,627 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 48,018 kontrak daripada 44,821 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 18.70 mata, atau 1.19 peratus, untuk ditutup kepada 1,586.60 daripada 1,567.90 sebelumnya.
-- BERNAMA