BERITA TERKINI   Seramai 478 pengamal media terima manfaat Tabung Kasih@HAWANA, jumlah sumbangan mencecah RM1.3 juta - Teo | Sebanyak 16,110 kes kandungan berita palsu diturunkan sehingga 1 Ogos lepas - Teo | Wartawan perlu terus berperanan bendung berita palsu yang semakin berleluasa - Teo | PRN Sabah: Tidak ada pertindihan kerusi di antara BN-PH - Ahmad Zahid | Kerajaan sentiasa sokong usaha stabilkan keterjaminan makanan negara termasuk bidang tenusu-PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Pulih Semula Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih semula untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu.

Ia mencerminkan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat kepada US$3,364.10 setiap auns troy daripada AS$3,351.70 setiap auns troy ketika ditutup pada Selasa.

Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,369.80 setiap auns troy daripada US$3,357.40, kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,399.20 setiap auns troy daripada US$3,385.90 manakala kontrak November 2025 melonjak kepada US$3,416.60 setiap auns troy daripada US$3,403.30.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih kukuh pada US$3,436.10 setiap auns troy daripada US$3,422.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada 21 lot daripada 24 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 54 kontrak daripada 50 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berharga US$3,343.30 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 12 Ogos, 2025.

-- BERNAMA