BERITA TERKINI   Kerjasama pasaran animasi tempatan dengan negara ASEAN diperkukuh, perluas jaringan penyebaran harta intelek (IP) industri kreatif Malaysia - Fahmi | MyCreative Ventures anjur program Riuh Merdeka 2025, 30 & 31 Ogos ini, dan Riuh X ASEAN , 17-26 Okt ini - Fahmi | Kes anak Rafizi diserang: Enam individu telah diambil keterangan setakat ini - Ketua Polis Selangor | Polis perketat kawalan terhadap Rafizi dan keluarga susulan serangan ke atas anaknya semalam - Ketua Polis Selangor | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat tiga peratus kepada RM38.92 bilion pada separuh pertama 2025, daripada RM37.90 bilion pada Separuh Pertama 2024 | 

Import LNG Dari AS Tertakluk Kepada Keperluan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Keputusan Petronas untuk mengimport gas asli cecair (LNG) tambahan dari Amerika Syarikat (AS) adalah tertakluk kepada keupayaan dan keperluan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengimport lebih daripada apa yang disyaratkan. 

“Saya tidak fikir ini menjadi satu masalah kerana kita hanya mengimport apa yang kita perlukan dan berdasarkan terma komersial yang tidak akan membebankan Petronas dan negara,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang ingin mengetahui impak prasyarat oleh AS untuk negara mengimport LNG tambahan berjumlah US$3.4 bilion setahun bersamaan 4.0 juta tan metrik setahun kepada Petronas.

Anwar berkata perlu diingat bahawa negara juga mengeksport dan jika harga itu kompetitif, projek tersebut dianggap conventionally viable dan ada kemunasabahannya.

“Kita import tambahan termasuk dari AS jika menguntungkan kerana keperluan kita dan hasil kita masih lagi diperlukan di Jepun, Korea dan China. Permintaan (daripada) China itu adalah tinggi,” kata beliau.

-- BERNAMA