BERITA TERKINI   Peruntukan tambahan RM5 juta bagi pengurusan, penyelenggaraan Zoo Negara - PM Anwar | PRK: Pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Warisan di DUN Lamag - SPR | PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Kinabatangan babit calon BN, Bebas, Warisan - SPR | Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup 10 pagi | PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bermula, pusat penamaan calon dibuka 9 pagi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah dalam dagangan awal.

Setakat pukul 10.05 pagi, kontrak Ogos 2025 turun 5.50 mata kepada 1,579.50, September 2025 merosot 7.0 mata kepada 1,557.50, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 berkurangan 8.0 mata masing-masing kepada 1,556.0 dan 1,540.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,147 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 41,986 kontrak.

FBM KLCI susut 5.84 mata kepada 1,575.21 selepas satu jam 12 minit dagangan dijalankan berbanding 1,581.05 semalam.

-- BERNAMA