BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan positif berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah getah asli di negara pengeluar utama, Thailand disebabkan ramalan cuaca buruk, kata peniaga.

Beliau berkata ringgit yang rendah berbanding dolar AS turut memberikan sokongan kepada komoditi itu hari ini. 

“Sentimen pasaran juga dipacu oleh data jualan kenderaan di China yang menggalakkan dan optimisme yang meningkat terhadap kemungkinan penyelesaian konflik geopolitik di Eropah Timur.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah dan trend bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 10.0 sen kepada 736.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 2.0 sen kepada 572.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA