BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan Mac 2026, masing-masing merosot lapan mata kepada 1,577.0 dan 1,540.0 serta September 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 8.5 mata kepada 1,556.0 dan 1,555.50. 

Jumlah dagangan merosot kepada 6,583 lot daripada 10,682 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 44,964 kontrak daripada 49,153 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 4.71 mata atau 0.30 peratus untuk ditutup kepada 1,576.34 daripada 1,581.05 semalam.

-- BERNAMA