BERITA TERKINI   Kes Pamela Ling: Polis rakam keterangan 48 saksi termasuk empat pegawai SPRM, kertas siasatan sedang dilengkapkan - Saifuddin Nasution | Dewan Rakyat: Sebanyak 71 laluan haram untuk aktiviti penyeludupan dikesan sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan - Saifuddin Nasution | Mengatasi isu pembaziran Air Tidak Terhasil (NRW) antara keutamaan kerajaan dalam RMK13 - PM Anwar | Bekalan air dan tenaga mencukupi jadi antara tarikan utama pelaburan semikonduktur, pusat data, AI ke Malaysia - PM Anwar | Cadangan pindaan Akta FINAS 1981 dijangka dibentang dalam sidang Parlimen akan datang - Fahmi | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah kebanyakannya pada Rabu.

Pada 9.25 pagi, Ogos 2025 susut 0.50 mata kepada 1,592.50; Disember 2025 turun 3.50 mata kepada 1,567.50; Mac 2026 berkurangan 1.50 mata kepada 1,533.0 manakala September 2025 kekal pada 1,572.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,270 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 40,102 kontrak.

Selepas 25 minit dagangan, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.96 mata kepada 1,588.28 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA