BERITA TERKINI   Insiden kemalangan pesawat F/A-18D Hornet: juruterbang, pembantu juruterbang dilaporkan selamat - KP Pahang | Sebuah pesawat F/A-18D Hornet disahkan terlibat kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan malam ini - TUDM | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: JDT 3-1 Lion City Sailors FC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,594.0, Disember 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,572.0, Mac 2026 naik 4.5 mata kepada 1,558.0, dan September 2025 tidak berubah pada 1,572.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,421 lot daripada 5,839 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,312 kontrak daripada 44,596 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.66 mata, atau 0.29 peratus, untuk ditutup kepada 1,592.87 daripada paras 1,588.21 pada Rabu.

-- BERNAMA