BERITA TERKINI   Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Agenda Pemerkasaan Bumiputera Diteruskan Dalam RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu akan memastikan tiada pihak terpinggir dalam pelaksanaan RMK13 dan pada masa sama, kerajaan akan terus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

“Dari segi prinsipnya, kerajaan sentiasa memahami perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, keutamaan diletakkan kepada bumiputera dan perkara itu akan sentiasa dipelihara,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan usul RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah yang juga menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata isu kemiskinan tidak mengira bangsa dan agama, justeru kerajaan perlu menangani isu kemiskinan secara menyeluruh.

“Agenda afirmatif bumiputera akan terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan kemiskinan kaum akan ditangani seiring dengan pelaksanaan dasar berasaskan keperluan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited mengukuhkan pembangunan menyeluruh berasaskan pelbagai dimensi bagi mewujudkan peluang yang saksama, sekali gus meningkatkan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan berasaskan keperluan.

“Usaha ini akan memberi manfaat kepada semua golongan sasar yang memerlukan termasuk bumiputera, Orang Asli, anak negeri Sabah, bumiputera Sarawak serta masyarakat India dan Cina,” katanya.

-- BERNAMA