BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM 0-5 Terengganu | Pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri jangan abaikan kepentingan peniaga kecil terutamanya penjaja Melayu - PM Anwar | Khazanah akan terus komited menyokong ekosistem keusahawanan dan modal teroka negara | Khazanah Nasional Berhad sambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung pelaburannya sebelum ini dalam FashionValet | Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan yang berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa hadapan berkaitan 1MDB - MoF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Simposium Fed AS Di Jackson Hole

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang simposium Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung malam ini di Jackson Hole, ketika peniaga menunggu isyarat mengenai dasar monetari AS.

Selain itu, prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia juga mencerminkan pasaran emas COMEX AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut kepada US$3,327.30 setiap auns troy daripada US$3,339.10 pada Khamis.

Kontrak September 2025 susut kepada US$3,332.70 setiap auns troy daripada US$3,344.50 ketika ditutup semalam, Oktober 2025 rendah kepada US$3,362.20 daripada US$3,374.00 pada Khamis, manakala November 2025 turun kepada US$3,379.00 setiap auns troy daripada US$3,390.80 sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup rendah pada US$3,399.40 setiap auns troy berbanding US$3,410.60 pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 56 kontrak daripada 45 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$3,338.30 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 21 Ogos, 2025.

-- BERNAMA