BERITA TERKINI   Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | Sumbangan Keperluan Asas Sarawak libatkan isi rumah, warga emas dan individu bujang naik antara RM75 hingga RM150 - Premier Sarawak | Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor libat peruntukan RM130.42 juta daripada kerajaan negeri, agensi - MB | Selangor lancar Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Jun ini, langkah segera hadapi krisis tenaga global - MB  | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Teruskan Aliran Meningkat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh momentum kukuh berterusan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Selasa, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan berikutan cuaca buruk di negara pengeluar utama, Thailand.

“Agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dari 25 hingga 27 Ogos, 2025.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan pengumuman tarif terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 9.5 sen kepada 751.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 4.5 sen kepada 571 sen sekilogram.

-- BERNAMA