Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Prestasi Serantau, Harga Minyak Mentah
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Dagangan pasaran getah Malaysia ditutup rendah sedikit pada Rabu, menjejaki kerugian pasaran hadapan serantau serta harga minyak mentah selain data ekonomi China yang lemah, kata peniaga.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$66.98 setong.
Beliau berkata pasaran hadapan getah Jepun juga rendah ketika peniaga meneliti impak risiko iklim serta ketidaktentuan ekonomi global.
“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh kebimbangan berkaitan bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyatakan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 6.0 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 571 sen sekilogram.
-- BERNAMA