BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 5-2 Terengganu | Liga Super: KL City 3-1 PDRM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 menokok 13.5 mata kepada 1,588.0, September 2025 naik 10 mata kepada 1,563.0, Disember 2025 meningkat 3.0 mata kepada 1,558.0 dan Mac 2026 naik 3.5 mata kepada 1,541.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 81,488 lot daripada 49,511 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 133,389 kontrak daripada 95,740 kontrak sebelum itu.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 6.32 mata atau  0.4 peratus untuk ditutup pada 1,587.91 daripada 1,581.59 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA