BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | TV3 dinobat Juara manakala Bernama ialah Naib Juara Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 | PM Anwar umum peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA | 

Dewan Rakyat Lulus Tiga Usul Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga usul Kementerian Kewangan dengan majoriti suara menyokong.

Usul berkenaan melibatkan sumbangan Malaysia kepada Program Dana Ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa, penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas dan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Terdahulu, usul itu dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Bagi usul MGII, resolusi dibentangkan bagi membolehkan kerajaan memindahkan baki terimaan MGII sebanyak RM30 bilion bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 ke KWP mengikut subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].

Pindahan itu bertujuan membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan negara.

-- BERNAMA