BERITA TERKINI   Harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter untuk rakyat Malaysia mulai Julai - PM Anwar | Penggunaan MyKad bagi pembelian diesel RM2.10 seliter bagi elak ketirisan - PM Anwar | Dakwaan kebocoran data yang tular di media sosial merujuk insiden lama sebelum 2022, tiada kaitan platform semasa - MKN | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek hari ini ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM21.79 bilion daripada RM24.13 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menokok kepada RM19.50 bilion daripada RM17.84 bilion sebelum itu.

Terdahulu, bank pusat hari ini menjalankan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Ia turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM17.8 bilion kepada RM19.5 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM21.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.50 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 28 Ogos, 2025.

-- BERNAMA