BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Selangor 5 -1 Negeri Sembilan | Piala Malaysia: Kuching City 3-1 DPMM | Liek Hou-Mohamad Faris muncul juara beregu lelaki SU5 Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain | 

99 Speedmart Buka Cawangan Pertama Di China

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengesahkan telah membuka cawangan pertamanya di China, yang terletak di Fuzhou, Wilayah Fujian pada 31 Ogos lepas.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini telah mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara. 

Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan untuk pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.

"Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025," kata syarikat itu.

--BERNAMA