BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye dari 6 hingga 8 Jan, perkukuh hubungan dua hala - Setiausaha Akhbar Kanan PM | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Khamis.

Pada 9.41 pagi, September 2025, Oktober 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik 0.5 mata kepada 1,555.0, 1,552.0 dan 1,546.5 manakala Mac 2026 tidak berubah pada 1,529.0.

Jumlah dagangan mencecah 701 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 36,478 kontrak.

Selepas 45 minit dagangan, indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 0.70 mata kepada 1,579.22 daripada 1,578.52 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA