BERITA TERKINI   PRN Johor: PH umum Wong Bor Yang sebagai calon DUN Senai, Mohamad Shafwan Ani calon DUN Bukit Permai - Loke | Pendirian bebas dan berkecuali Malaysia buka ruang untuk kerjasama ekonomi - PM Anwar | Kejayaan Petronas peroleh telaga gas di Turkmenistan bukti keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, syarikat tempatan - PM Anwar | PRN Johor: PH umum Nor Zulaila Abd Ghani sebagai calon kerusi DUN Tiram, Lee Wern Yiing calon DUN Johor Jaya - Loke | 

Econpile Peroleh Projek Pembinaan LRT Pulau Pinang Bernilai RM53.99 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd (Econpile), Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM53.99 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile berkata surat lantikan telah diterima daripada Gamuda Geo Sdn Bhd bagi pembinaan cerucuk gerek dan kerja-kerja berkaitan dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Jelutong Timur sebagai sebahagian daripada LRT Pulau Pinang - Laluan Mutiara - Pakej CMC1.

Econpile berkata projek berkenaan akan dimulakan pada 1 Okt 2025 dan dijadualkan siap bina pada 30 April 2027.

"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat daripada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 dan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA