BERITA TERKINI   Sistem Penilaian Prestasi Demerit diperluas kepada semua ketua perkhidmatan, ketua jabatan mulai tahun hadapan - KSN | Poster memaparkan tarikh-tarikh penting PRN Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial adalah palsu -  Setiausaha SPR  | ASEAN secara relatif kekal rantau paling aman, kestabilan pulih di Thailand dan Indonesia, serta keyakinan pelabur terus kukuh - PM Anwar | Malaysia zahir kesediaan hubungi pemimpin Islam OIC berhubung serangan Israel ke atas Qatar - PM Anwar | 

AmBank Terus Sokong Kerjasama Bank, Pelabur China Untuk Bawa FDI Ke Malaysia -- Azman Hashim

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kumpulan AmBank akan terus memperkukuh kerjasama strategiknya dengan bank-bank serta entiti terkemuka dari China bagi menyokong kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Bank-bank berkenaan seperti China Construction Bank (CCB), Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dan Bank of China. 

Pengerusi Emeritus merangkap Penasihat Kehormat Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim berkata kerjasama pihaknya dengan Huawei dalam memperkukuh inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta perubahan digital turut mencerminkan visi bersama bagi membina masa depan yang mampan dan inovatif.

"AmBank bersama bank-bank itu juga akan bekerjasama membantu pelabur-pelabur China untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan pemaju-pemaju taman perindustrian.

"Ini bagi membolehkan mereka (pelabur China) menempatkan operasi syarikat mereka di Malaysia dengan harapan strategi ini dapat menyumbang kepada hubungan baik ekonomi Malaysia dan China," katanya sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Gala Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kumpulan AmBank di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis itu.

Sebagai penghormatan sempena ulang tahun jubli emas Kumpulan AmBank, acara tersebut turut memperkenalkan maskot unta AmBank yang diperbaharui dan diberi nama Aman.

Maskot berkenaan pertama kali diperkenalkan bersama kontinjen AmBank sewaktu menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya yang menampilkan semangat perpaduan, kemajuan dan kebanggaan negara.

-- BERNAMA